Thursday, 12 January 2012

Jauhi Sikap Suka Bersangka-Sangka

Buat Renungan bersama-sama....
Bersangka-Sangka
Manusia hari ini suka bersangka-sangka
ada sangkaan baik dan ada sangkaan buruk
Orang beribadah disangka riak
Orang yang relaks di sangka malas
Orang yang pakai baju baru di sangka menunjuk
Orang yang pakai baju buruk di sangka Zuhud (hina)
Orang yang makan banyak di sangka Pelahap
Orang yang makan sikit di sangka Diet
Orang yang baik di sangka Buruk
Orang yang buruk di sangka Baik
Orang yang senyum di sangka mengejek
Orang yang masam di sangka merajuk
Orang bermuzakarah di sangka mengumpat
Orang diam di sangka menyendiri
Orang menawan di sangka pakai susuk
Orang nmpak ceria di sangka membela

PENGAJARAN....
Mana tahu yang diam itu kerana berzikir kepada Allah..
Mana tahu yang senyum itu kerana bersedekah..
Mana tahu yang masam itu kerana mengenangkan dosa..
Mana tahu yang menawan itu kerana bersih hati dan minda..
Mana tahu yang ceria itu kerana cergas cerdasnya..

Oleh itu, wahai manusia yang hidup didunia ini.. jauhilah sikap bersangka-sangka kerana ia bakal memusnahkan ukhuwah seperti musnahnya kayu di makan api. Biarlah jalinan ukhuwah yang terbina atas dasar ketaqwaan kepada Allah Swt. Biar ia kekal buat selama-lamanya di sulami dengan sifat mahmudah dan terhindar dari sifat mazmuzah yang sentiasa mndapat sambutan yang hangat oleh para syaitan. Yang sentiasa dan amt suka kepada kemusnahan ukhuwah itu.