Thursday, 12 January 2012

Jauhi Sikap Suka Bersangka-Sangka

Buat Renungan bersama-sama....
Bersangka-Sangka
Manusia hari ini suka bersangka-sangka
ada sangkaan baik dan ada sangkaan buruk
Orang beribadah disangka riak
Orang yang relaks di sangka malas
Orang yang pakai baju baru di sangka menunjuk
Orang yang pakai baju buruk di sangka Zuhud (hina)
Orang yang makan banyak di sangka Pelahap
Orang yang makan sikit di sangka Diet
Orang yang baik di sangka Buruk
Orang yang buruk di sangka Baik
Orang yang senyum di sangka mengejek
Orang yang masam di sangka merajuk
Orang bermuzakarah di sangka mengumpat
Orang diam di sangka menyendiri
Orang menawan di sangka pakai susuk
Orang nmpak ceria di sangka membela

PENGAJARAN....
Mana tahu yang diam itu kerana berzikir kepada Allah..
Mana tahu yang senyum itu kerana bersedekah..
Mana tahu yang masam itu kerana mengenangkan dosa..
Mana tahu yang menawan itu kerana bersih hati dan minda..
Mana tahu yang ceria itu kerana cergas cerdasnya..

Oleh itu, wahai manusia yang hidup didunia ini.. jauhilah sikap bersangka-sangka kerana ia bakal memusnahkan ukhuwah seperti musnahnya kayu di makan api. Biarlah jalinan ukhuwah yang terbina atas dasar ketaqwaan kepada Allah Swt. Biar ia kekal buat selama-lamanya di sulami dengan sifat mahmudah dan terhindar dari sifat mazmuzah yang sentiasa mndapat sambutan yang hangat oleh para syaitan. Yang sentiasa dan amt suka kepada kemusnahan ukhuwah itu.

Bertawadhuk


KUASA ILLAHI.web.id - Seorang laki-laki sering kali mendatangi Imam Ja‘far as, kemudian dia tidak pernah lagi datang. Tatkala Imam as menanyakan keadaannya, seseorang menjawab dengan nada sinis, “Dia seorang penggali sumur.”

Imam as membalasnya, “Hakekat seorang lelaki ada pada akal budinya, kehormatannya ada pada agamanya, kemuliannya ada pada ketakwaan nya, dan semua manusia sama-sama sebagai Bani Adam.”

Bertawadhuk :
“Sesungguhnya puncak keteguhan adalah tawadhu’.” Salah seorang bertanya kepada Imam, “Apakah tanda-tanda tawadhu’ itu?” Beliau menjawab, “Hendaknya kau senang pada majlis yang tidak memuliakanmu, memberi salam kepada orang yang kau jumpai, dan meninggalkan perdebatan sekalipun engkau di atas kebenaran.”

Waspadalah TerhadapTiga Orang

Waspadalah terhadap tiga orang :
Pengkhianat, pelaku zalim, dan pengadu domba. Sebab, seorang yang berkhianat demi dirimu, ia akan berkhianat terhadapmu dan seorang yang berbuat zalim demi dirimu, ia akan berbuat zalim terhadapmu.

Juga seorang yang mengadu domba demi dirimu, ia pun akan melakukan hal yang sama terhadapmu.

Azab untuk tiga kriteria
“Tiga kriteria yang penyandangnya tidak akan meninggal dunia kecuali ia telah merasakan siksanya : kezaliman, memutuskan tali silaturahmi dan bersumpah bohong, yang dengan sumpah tersebut berarti ia telah berperang melawan Allah”.

Hati-hatilah terhadap orang yang teraniaya, karena doanya akan terangkat sampai ke langit.